DOA UNTUK KESELAMATAN DARI KEMALANGAN |
Hadrat Tolaq Radhiallahu anhu berkata bahawa seorang telah pergi menemui Hadrat Abu Darda Radhiallahu anhu lalu berkata, “Rumah tuan sudah terbakar.” Beliau menjawab, “Tidak rumah saya tidak terbakar.” Kemudian seorang lagi datang dengan berita yang sama. Abu Darda pun menjawab seperti itu juga. Kemudian datang orang yang ketiga membawa berita yang samajuga. Kali ini beliau memberi jawapan yang sama. Akhirnya datang orang yang keempat lalu berkata, “Tuan! api telah menyala dengan kuat dan sangat merbahaya dan cepat merebak ke seluruh kawasan. Tetapi apabila api mendekati rumah tuan, dengan cara yang sungguh ajaib, api itu telah padam dengan serta merta. Abu Darda Radhiallahu anhu pun menjawab, “Saya pun telah yakin bahawa Allah Subhanahu wa Taala tidak akan membenarkan rumah saya terbakar. Sebab Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam pernah bersabda bahawa sesiapa yang membaca doa ini(seperti dibawah) pada waktu pagi maka dia terselamat dari segala bahaya dan kemalangan. Saya pun pada setiap pagi membaca doa itu. Jadi, saya yakin bahawa rumah saya tidak boleh terbakar.” |
اللهُـــمَّ أنـتَ رَبي لا إلــهَ إلا َّ أنـتَ |
عَـليكَ توكـَّـلـْتُ وأنـتَ رَبُّ العَــْرش ِ الكـَـريم |
مَا شَـاءَ اللهُ كـَـانَ وَما لـَــمْ يشأ ْ لـَــمْ يكـنْ |
وَلا حَـولَ ولا قـُوَّة َ إلا َّ بـِاللهِ العَـِلىِّ العَـظـيم |
أعْـلـَمُ أنَّ اللهَ عَـلـَى كـُـلِّ شَىْءٍ قـَـدِ يـْـر |
وَأنَّ اللهَ قـَدْ أحَاط َ ِبكـُـلِّ شـَىْء ٍ عِـلـْـمًا |
اللهُـمَّ إنـِّي أعُوذ ُ بـِكَ مِـنْ شَـرِّ نـَـفـْـسِي |
وَمِـنْ شَـرِّ كـُـلِّ دَآبـَّـةٍ أنـْـتَ آخِــذ ٌ بـِنـَاصِـيَـتِها |
إنَّ رَبِّـــي عـَــلـَـــى صِــرَاطٍ مُــسْــــتـَــقـِــيــٍم. |
|
|
|
|
|
|
|