ADAB MAKAN

Sebelum menyentuh makanan kita diajar oleh rasulullah s.a.w. supaya melakukan beberapa perkara untuk menjadikan amalan pemakanan seharian kita mendapat keberkatan dan pahala.Di samping itu keuntungan duniawi pula kita akan mendapat keselamatan dari sebarang musibah seperti santau, keracunan makanan dan sebagainya. Ada juga beberapa riwayat menyatakan sesiapa yang makan tanpa didahului doa makan maka syaitan akan menyertai makanan itu.
Langkah-langkah yang sangat mudah mengikut amalan rasululllah s.a.w. adalah seperti berikut:
1-   Membasuh tangan
2-   Berkumur
3-   Menunggu kedatangan makanan
4-   Tempat menghidang makanan hendaklah mempunyai alas.
5-   Setelah makanan tersedia bacalah doa makan seperti di bawah ini.
6-   Gunakanlah tangan kanan untuk menyuap makanan.
7-   Mulakan 3 suapan pertama dengan menggunakan 3 jari sahaja iaitu ibu jari,jari telunjuk, dan jari hantu. Kemudian bolehlah teruskan dengan kesemua jari. Ini adalah sebagai mengambil sunnah rasulullah s.a.w. yang sentiasa makan roti dan sebagainya menggunakan 3 jari sahaja. Kita di Malaysia agak sukar mengamalkan makan nasi menggunakan 3 jari.
8-   Sambil makan, jangan bercakap hal ehwal keduniaan, gunakan masa makan ini untuk membincangkan perkara-perkara keagamaan. Banyak lagi masa lain kita boleh gunakan untuk bercakap mengenai business, dan lain-lain perkara keduniaan.
9-   Jika tidak ada apa nak dicakapkan maka berzikirlah semasa makan(Lihat di bawah)
8-   Makanlah dengan melicinkan bekas(pinggan) sehingga tiada sisa-sisa makan ditinggalkan.
9-   Setelah makanan habis dimakan hendaklah sisip kesemua jari-jari dengan mulut.
10- Bacalah doa selepas selesai makan.(Lihat di bawah)
Semoga dengan amalan seperti ini kita lakukan setiap hari maka setiap kali kita mengenyangkan perut kita selain kenyang dan kelazatan yang kita rasai dari makanan itu kita juga memperolehi ganjaran pahala yang sangat bernilai. Kita akan mengetahui nilainya apabila kita sudah meninggalkan dunia ini dan berada di alam akhirat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Semoga kita umat Islam dapat mengamalkannya.

DOA SEBELUM MAKAN

اللهُـمَّ  بارِك  لَنا فِيمَا رَزَقـتنا وَ قِنَا عَذابَ النَّار
 
ZIKIR SEMASA MAKAN

الـلهُــمَّ لـَـكَ الحَــمْــدُ وَ لـَـكَ الــشُّــكـْـر

 
DOA SELEPAS MAKAN

الحَمدُ للهِ الَّذِي أطعَمَنَا وَسَقانا وَجَعَلَنا من المُسلِمين

 

 

MINI POLL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman Rafidi | Web Master|